Tuesday, 20 September 2016

Note 20.9.2016

Untuk Ke Sekian Kali…

Tiap kali pasti diperlakukan begini, Alhamdulillah aku syukur atas apa ketentuanmu ya rabb

Tak pasti silap dimana dan untuk ke sekian kalinya di hukum lagi…

Ya Rabb
Aku memlilih untuk bersangka baik, maka kau lapangkan jiwaku dan gantikan kesedihan ini kepada kegembiraan

Nyatalah setiap kali, aku yang perlu beralah…dan aku tak pernah berputus asa

Ya Rabb
Kau yang mengetahui segalanya maka tenangkan jiwaku…tenangkan perasaanku
Lindungi aku dari jadi asbab segala tindak tanduknya

Untuk ke sekian kali
Aku akur nasib dan sikapnya kepada ku semoga dia berbahagia dengan tindakannya…

Ampunilah kami, jauhilah kami dari membenci satu sama lain…

XOXO
simfonitinta

Thursday, 28 July 2016

Sangka Baik

Note 28/7/2016

Setiap kali hadir majlis ilmu mesti ustaz n ustazah pesan BERSANGKA BAIK …
Memang dalam semua urusan kita nak bersangka baik…baik di ruang menunggu, baik ketika memandu…hatta tatkala ditemukan dengan manusia yg tak berkenan dimata kita sekali pun…

Tapi adakala kita tewas …
Kita menghukum
Kita menilai
Kita menentukan situasi
Kita menghina
Kita menyakiti
Tanpa kita sedari…selain perasaan dlm jiwa yang bertan-tan perasan diri lebih mulia dari orang lain…

Kenapa wujud naluri ini?
Jelasnya kita diuji dengan ilmu yg kita perolehi…
Jelasnya kita dinilai dengan niat dihati
Jelasnya kita tertipu dengan nafsu sendiri…
Jelasnya kita yakin kita yang menguasai diri…

Adeh sedarlah tiada apa yang kita miliki…
Semuanya milik Allah yang abadi…
Kita dicipta untuk diuji akan amalan&tujuan diri…mengapa lalai dan bangga diri…

Berkongsi sekadar peringatan diri…
Sangka Baik amalan murni…
Tak tahu cam mana kita kembali
Khusnul khatimah yang dimimpi…

Sayang saudaraku semua…
Hidup mewah janganlah mua…
Kongsi rezeki itu dipinta…
Bantu yang susah jgn dihina…

Tak tahu Jalan mana ke syurga
Sangka Baik salah satunya
Semoga mudah disana
Jangan nilai buku pada kulitnya…

Bersihkan hati disetiap ruang
Walau kadang risau terkurang
Istigfar dibibir jgnlah kurang
Semoga Allah ampuni mana yg jurang…

Lemah rasa mendidik hati
Mohon Allah hidayah&iman
Usahlah selalu membangga diri
Kelak amalan lupus ditelan

Bersangka Baik amalan diri
Moga tertanam didalam jiwa
Kalau terasa nak bangga diri
Ucap istigfar ingat pencipta…

#YaAllahhidupkankamidalamiman

Thursday, 11 February 2016

1st Day Orientation Amin Asyraf

29 Dec 2015
1st day orentasi anakanda Amin Asyraf...alhamdulillah semuanya mudah
Moga berterusan sepanjang hayat beliau bersemangat dalam menuntut ilmu.
Pengalaman 3 orang anak ..semua mudah bila jejak kaki hari pertama ke sekolah...risau tetap ada ...tapi lebih redha dan berserah pada Allah
Segala pekerjaan kalau didahului niat kerana Allah memang semuanya mudah in shaa Allah 
Positif sangat Amin will be great 
Tq Allah for the great gives 

Saturday, 12 December 2015

Note 13Dec 2015

Ya Allah

Jadikan kami hambaMu yang...

TAAT Dan istiqamah dengan amal soleh

Di pelihara dari KEMUNGKARAN dengan Iman Dan Taqwa

Sentiasa BERSYUKUR dengan nikmatMu

Sentiasa SABAR dengan ujianMu

Limpahilah kami dengan rahmat Dan hidayahMu

Ampuni kami pada setiap khilaf Dan kelalaian kami

Peliharalah kami dengan kesungguhan Iman Dan ketaqwaan kepadaMu

Tiada daya Dan upaya hanya dengan pertolongan Mu

Allahumma Ameen

Thursday, 19 November 2015

Ada apa dengan results?

Recently ramai ibubapa meraikan kejayaan anak2 dalam peperiksaan akhir tahun mahupun keputusan UPSR....ada yang cemerlang x kurang jugak yg so-so dan kurang cemerlang.

As parents yang dapat anakanda yang cemerlang dan gemilang ...tentu parents proud n syukur....jika anak2 so-so ada juga rasa sedih as parents...tapi apa pun pulangannya, semua itu adalah ketentuan Allah.Terimalah dengan berlapang dada😊

As muslim apa yang kita mahu adalah anak2 cemerlang dunia dan akhirat.

Ya Allah berikanlah hidayah kepada anak2ku semoga mereka mencintai akhirat melebihi apa yang ada di dunia ...kau bantulah kami menjadi ibubapa yang mampu membawa mereka merasai apa yang disemai di dunia akan dituai diakhirat 😢

Benihkanlah dalam hati2 zuriat kami akan ketaatan kepadaMu Ya Allah sebagai hamba yang sentiasa mensyukuri  nikmatMu dan redha dengan setiap ujianMu.Ameen😊

XOXO
Simfonitinta

Monday, 26 October 2015

Note 26.10.2015

Alhamdulillah...sejak sibuk handle program KUASA94 nie, adalah sikit aktiviti ter"focus" ker sesuatu yg required tumpuan.Tak lah fikiran nie melilau tak tentu pasal.

Tapi at same time sibuk gak develop sykinmall.com belum fasih lagi...handle admin aktiviti, baru belajar ngan Tn Zainul....

Hari2 belajar benda baru, tanpa sedar...banyak cara ilmu sampai tanpa disedari...Alhamdulillah ...syukur sangat

Hari nie happy coz Ain punya BM result ada peningkatan...selalu bila dia ujian atau periksa...BM lah yang aku worry tahap gaban....Ain2 ...good jobs dapat A kali nie...


Indahnya kehidupan hari2 kita diuji dan ujian datang pelbagai cara....kadang2 results nyer happy ending tak kurang juga sad ending....tapi apa2 pun berlapang dada dalam semua keadaan in shaa Allah di permudahkan
Picture Of The Day with Amin & Ainur Qisya

Sekarang anakanda Ainur Qisya dah masuk 5 bulan...happy tengok wajah dia ....nak share gambar dia kat sini...

Rahmat disebalik dugaan...beginilah ketentuanNya....sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik. Janganlah kita pernah sangsi.

Janji Allah jua benar berusahalah untuk mencapai kejayaan ke syurga Allah....Ya Allah rahmati kami dengan Ikhsan dan kasih sayang Mu...kerana kau yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Permudahkan kami dengan setiap urusan dan apa jua yang kami cita2kan semoga ianya menjadi yang terbaik bagi kami di dunia dan akhirat.

Seronok bila dapat menulis macam ini....macam2 ada hihihi...dah kena rancang sesuatu coz next year Amin dah masuk preschool...semoga Amin di permudahkan juga...1st time schooling x tahulah si botak tu cam mana???

Semoga jadi anak soleh yer...Amin Asyraf,..Ain nak kena polish mengaji and baca jawi....in shaa Allah.

Rasanya itu jer note for today..

XOXO
simfoni tinta

Tuesday, 22 September 2015

Note 22.9.2015

Alhamdulillah😊kadang2 Allah ambil apa yang kita rasa kita punya....pada hakikatnya ia adalah milik Allah.
Kadang2 kita rasa tindakan kita betul padahal kita meraikan kesilapan.
Kadang2 kita rasa sedih sebab sesuatu yg kita rancang tak kesampaian padahal perancangan Allah yang terbaik...
Siapa kita yang nak "argue" semua tu...bersyukurlah dengan segala pemberianNya dan jalankanlah amanah yang dititipkan sebaik mungkin...
Belajarlah redha...dalam setiap pemberian Allah, samada itu yang kau mahu atau itu ketentuanNya...ingatlah diri "Truly...perancangan Allah yang terbaik"

Wahai diri, janganlah leka dengan tipu daya dunia yang melalaikan kerana pasti kau akan rugi...

Wahai diri, sabarlah menghadapi ujian moga Allah gantikan yang terbaik...

Wahai diri, taatlah n beriman kepada Allah kerana janjiNya benar...

Ya Allah aku insan lemah...maka pinjamlah kekuatan utk aku terus istiqamah dan taqwa...

Ya Allah kau limpahilah rahmatMu dan kasih sayang semoga aku yakin setiap kesabaran ada ganjaranNya...

Wahai hati bersabarlah moga kau tidak bersedih lagi...

Sedih tak terkata...dengan perkataan
Sayu tak terempang airmata...
Biarlah ia berlalu dengan mudah Ya Allah...tabahlah hati...tabahlah hati...tabahlah hati 😢😢😢
Ameen😢