Tuesday, 20 September 2016

Note 20.9.2016

Untuk Ke Sekian Kali…

Tiap kali pasti diperlakukan begini, Alhamdulillah aku syukur atas apa ketentuanmu ya rabb

Tak pasti silap dimana dan untuk ke sekian kalinya di hukum lagi…

Ya Rabb
Aku memlilih untuk bersangka baik, maka kau lapangkan jiwaku dan gantikan kesedihan ini kepada kegembiraan

Nyatalah setiap kali, aku yang perlu beralah…dan aku tak pernah berputus asa

Ya Rabb
Kau yang mengetahui segalanya maka tenangkan jiwaku…tenangkan perasaanku
Lindungi aku dari jadi asbab segala tindak tanduknya

Untuk ke sekian kali
Aku akur nasib dan sikapnya kepada ku semoga dia berbahagia dengan tindakannya…

Ampunilah kami, jauhilah kami dari membenci satu sama lain…

XOXO
simfonitinta

Thursday, 28 July 2016

Sangka Baik

Note 28/7/2016

Setiap kali hadir majlis ilmu mesti ustaz n ustazah pesan BERSANGKA BAIK …
Memang dalam semua urusan kita nak bersangka baik…baik di ruang menunggu, baik ketika memandu…hatta tatkala ditemukan dengan manusia yg tak berkenan dimata kita sekali pun…

Tapi adakala kita tewas …
Kita menghukum
Kita menilai
Kita menentukan situasi
Kita menghina
Kita menyakiti
Tanpa kita sedari…selain perasaan dlm jiwa yang bertan-tan perasan diri lebih mulia dari orang lain…

Kenapa wujud naluri ini?
Jelasnya kita diuji dengan ilmu yg kita perolehi…
Jelasnya kita dinilai dengan niat dihati
Jelasnya kita tertipu dengan nafsu sendiri…
Jelasnya kita yakin kita yang menguasai diri…

Adeh sedarlah tiada apa yang kita miliki…
Semuanya milik Allah yang abadi…
Kita dicipta untuk diuji akan amalan&tujuan diri…mengapa lalai dan bangga diri…

Berkongsi sekadar peringatan diri…
Sangka Baik amalan murni…
Tak tahu cam mana kita kembali
Khusnul khatimah yang dimimpi…

Sayang saudaraku semua…
Hidup mewah janganlah mua…
Kongsi rezeki itu dipinta…
Bantu yang susah jgn dihina…

Tak tahu Jalan mana ke syurga
Sangka Baik salah satunya
Semoga mudah disana
Jangan nilai buku pada kulitnya…

Bersihkan hati disetiap ruang
Walau kadang risau terkurang
Istigfar dibibir jgnlah kurang
Semoga Allah ampuni mana yg jurang…

Lemah rasa mendidik hati
Mohon Allah hidayah&iman
Usahlah selalu membangga diri
Kelak amalan lupus ditelan

Bersangka Baik amalan diri
Moga tertanam didalam jiwa
Kalau terasa nak bangga diri
Ucap istigfar ingat pencipta…

#YaAllahhidupkankamidalamiman

Thursday, 11 February 2016

1st Day Orientation Amin Asyraf

29 Dec 2015
1st day orentasi anakanda Amin Asyraf...alhamdulillah semuanya mudah
Moga berterusan sepanjang hayat beliau bersemangat dalam menuntut ilmu.
Pengalaman 3 orang anak ..semua mudah bila jejak kaki hari pertama ke sekolah...risau tetap ada ...tapi lebih redha dan berserah pada Allah
Segala pekerjaan kalau didahului niat kerana Allah memang semuanya mudah in shaa Allah 
Positif sangat Amin will be great 
Tq Allah for the great gives 