Tuesday, 22 September 2015

Note 22.9.2015

Alhamdulillah😊kadang2 Allah ambil apa yang kita rasa kita punya....pada hakikatnya ia adalah milik Allah.
Kadang2 kita rasa tindakan kita betul padahal kita meraikan kesilapan.
Kadang2 kita rasa sedih sebab sesuatu yg kita rancang tak kesampaian padahal perancangan Allah yang terbaik...
Siapa kita yang nak "argue" semua tu...bersyukurlah dengan segala pemberianNya dan jalankanlah amanah yang dititipkan sebaik mungkin...
Belajarlah redha...dalam setiap pemberian Allah, samada itu yang kau mahu atau itu ketentuanNya...ingatlah diri "Truly...perancangan Allah yang terbaik"

Wahai diri, janganlah leka dengan tipu daya dunia yang melalaikan kerana pasti kau akan rugi...

Wahai diri, sabarlah menghadapi ujian moga Allah gantikan yang terbaik...

Wahai diri, taatlah n beriman kepada Allah kerana janjiNya benar...

Ya Allah aku insan lemah...maka pinjamlah kekuatan utk aku terus istiqamah dan taqwa...

Ya Allah kau limpahilah rahmatMu dan kasih sayang semoga aku yakin setiap kesabaran ada ganjaranNya...

Wahai hati bersabarlah moga kau tidak bersedih lagi...

Sedih tak terkata...dengan perkataan
Sayu tak terempang airmata...
Biarlah ia berlalu dengan mudah Ya Allah...tabahlah hati...tabahlah hati...tabahlah hati 😢😢😢
Ameen😢

Thursday, 17 September 2015

Ujian tanda kasih sayang Allah

Ujian di sekolah guru yang nilai
Ujian di Universiti pensyarah yang nilai
Ujian ditempat kerja boss yang nilai
Ujian kehidupan Allah yang nilai

Bila cakap tentang ujian...pastilah yang terlintas difikiran adalah bagaimana nak menghadapi ujian
dan lulus ujian.....tapi pernah tak terfikir sebenarnya hari2 kita diuji...kita yang justified kita lulus atau gagal tanpa kita sedari....

Semua orang nak keputusan Ujian yang baik bila mengambil ujian...tapi pernah tak kita terfikir Ujian Allah itu telah diberi soalan dan kaedah menjawab utk lulus cemerlang tapi adakah kita istiqamah dalam melaksanakannya....

Wahai anak janganlah kau menangis kerana gagal ujian dunia...itu tandanya Allah mahu kau menambah usaha...

Wahai anak jangan gundah gulana kerana gagal ujian dunia ...itu tandanya Allah rindu rayuan dan suara mu utk terus berdoa memohon kejayaaan...

Wahai anak jangan sedih tak kepalang ujian itu satu dugaan perjalanan kehidupan...

Istiqamah and terus memanjatkan doa kepada yang maha Esa ...moga mendapat sesuatu hikmah atau rahsia

Teruskan berusaha.bertawakallah . berdoa ...semoga kau dirahmati dengan segala kurnia.

Wahai anak doa keluarga seiring dengan mu meniti kejayaan demi kejayaan...

Janganlah kau berputus asa kerana itu sifat hina....
Yakinlah setiap kesabaran ada ganjaran ,teruskan berusaha dan memohon pada yang Esa.

In shaa Allah kau akan memahami manisnya sebuah perjuangan kehidupan dunia wal akhirat.

XOXO
simfonitinta