Ujian di sekolah guru yang nilai
Ujian di Universiti pensyarah yang nilai
Ujian ditempat kerja boss yang nilai
Ujian kehidupan Allah yang nilai
Bila cakap tentang ujian...pastilah yang terlintas difikiran adalah bagaimana nak menghadapi ujian
dan lulus ujian.....tapi pernah tak terfikir sebenarnya hari2 kita diuji...kita yang justified kita lulus atau gagal tanpa kita sedari....
Semua orang nak keputusan Ujian yang baik bila mengambil ujian...tapi pernah tak kita terfikir Ujian Allah itu telah diberi soalan dan kaedah menjawab utk lulus cemerlang tapi adakah kita istiqamah dalam melaksanakannya....
Wahai anak janganlah kau menangis kerana gagal ujian dunia...itu tandanya Allah mahu kau menambah usaha...
Wahai anak jangan gundah gulana kerana gagal ujian dunia ...itu tandanya Allah rindu rayuan dan suara mu utk terus berdoa memohon kejayaaan...
Wahai anak jangan sedih tak kepalang ujian itu satu dugaan perjalanan kehidupan...
Istiqamah and terus memanjatkan doa kepada yang maha Esa ...moga mendapat sesuatu hikmah atau rahsia
Teruskan berusaha.bertawakallah . berdoa ...semoga kau dirahmati dengan segala kurnia.
Wahai anak doa keluarga seiring dengan mu meniti kejayaan demi kejayaan...
Janganlah kau berputus asa kerana itu sifat hina....
Yakinlah setiap kesabaran ada ganjaran ,teruskan berusaha dan memohon pada yang Esa.
In shaa Allah kau akan memahami manisnya sebuah perjuangan kehidupan dunia wal akhirat.
XOXO
simfonitinta
No comments:
Post a Comment