Saturday, 12 December 2015

Note 13Dec 2015

Ya Allah

Jadikan kami hambaMu yang...

TAAT Dan istiqamah dengan amal soleh

Di pelihara dari KEMUNGKARAN dengan Iman Dan Taqwa

Sentiasa BERSYUKUR dengan nikmatMu

Sentiasa SABAR dengan ujianMu

Limpahilah kami dengan rahmat Dan hidayahMu

Ampuni kami pada setiap khilaf Dan kelalaian kami

Peliharalah kami dengan kesungguhan Iman Dan ketaqwaan kepadaMu

Tiada daya Dan upaya hanya dengan pertolongan Mu

Allahumma Ameen

Thursday, 19 November 2015

Ada apa dengan results?

Recently ramai ibubapa meraikan kejayaan anak2 dalam peperiksaan akhir tahun mahupun keputusan UPSR....ada yang cemerlang x kurang jugak yg so-so dan kurang cemerlang.

As parents yang dapat anakanda yang cemerlang dan gemilang ...tentu parents proud n syukur....jika anak2 so-so ada juga rasa sedih as parents...tapi apa pun pulangannya, semua itu adalah ketentuan Allah.Terimalah dengan berlapang dada😊

As muslim apa yang kita mahu adalah anak2 cemerlang dunia dan akhirat.

Ya Allah berikanlah hidayah kepada anak2ku semoga mereka mencintai akhirat melebihi apa yang ada di dunia ...kau bantulah kami menjadi ibubapa yang mampu membawa mereka merasai apa yang disemai di dunia akan dituai diakhirat 😢

Benihkanlah dalam hati2 zuriat kami akan ketaatan kepadaMu Ya Allah sebagai hamba yang sentiasa mensyukuri  nikmatMu dan redha dengan setiap ujianMu.Ameen😊

XOXO
Simfonitinta

Monday, 26 October 2015

Note 26.10.2015

Alhamdulillah...sejak sibuk handle program KUASA94 nie, adalah sikit aktiviti ter"focus" ker sesuatu yg required tumpuan.Tak lah fikiran nie melilau tak tentu pasal.

Tapi at same time sibuk gak develop sykinmall.com belum fasih lagi...handle admin aktiviti, baru belajar ngan Tn Zainul....

Hari2 belajar benda baru, tanpa sedar...banyak cara ilmu sampai tanpa disedari...Alhamdulillah ...syukur sangat

Hari nie happy coz Ain punya BM result ada peningkatan...selalu bila dia ujian atau periksa...BM lah yang aku worry tahap gaban....Ain2 ...good jobs dapat A kali nie...


Indahnya kehidupan hari2 kita diuji dan ujian datang pelbagai cara....kadang2 results nyer happy ending tak kurang juga sad ending....tapi apa2 pun berlapang dada dalam semua keadaan in shaa Allah di permudahkan
Picture Of The Day with Amin & Ainur Qisya

Sekarang anakanda Ainur Qisya dah masuk 5 bulan...happy tengok wajah dia ....nak share gambar dia kat sini...

Rahmat disebalik dugaan...beginilah ketentuanNya....sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik. Janganlah kita pernah sangsi.

Janji Allah jua benar berusahalah untuk mencapai kejayaan ke syurga Allah....Ya Allah rahmati kami dengan Ikhsan dan kasih sayang Mu...kerana kau yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Permudahkan kami dengan setiap urusan dan apa jua yang kami cita2kan semoga ianya menjadi yang terbaik bagi kami di dunia dan akhirat.

Seronok bila dapat menulis macam ini....macam2 ada hihihi...dah kena rancang sesuatu coz next year Amin dah masuk preschool...semoga Amin di permudahkan juga...1st time schooling x tahulah si botak tu cam mana???

Semoga jadi anak soleh yer...Amin Asyraf,..Ain nak kena polish mengaji and baca jawi....in shaa Allah.

Rasanya itu jer note for today..

XOXO
simfoni tinta

Tuesday, 22 September 2015

Note 22.9.2015

Alhamdulillah😊kadang2 Allah ambil apa yang kita rasa kita punya....pada hakikatnya ia adalah milik Allah.
Kadang2 kita rasa tindakan kita betul padahal kita meraikan kesilapan.
Kadang2 kita rasa sedih sebab sesuatu yg kita rancang tak kesampaian padahal perancangan Allah yang terbaik...
Siapa kita yang nak "argue" semua tu...bersyukurlah dengan segala pemberianNya dan jalankanlah amanah yang dititipkan sebaik mungkin...
Belajarlah redha...dalam setiap pemberian Allah, samada itu yang kau mahu atau itu ketentuanNya...ingatlah diri "Truly...perancangan Allah yang terbaik"

Wahai diri, janganlah leka dengan tipu daya dunia yang melalaikan kerana pasti kau akan rugi...

Wahai diri, sabarlah menghadapi ujian moga Allah gantikan yang terbaik...

Wahai diri, taatlah n beriman kepada Allah kerana janjiNya benar...

Ya Allah aku insan lemah...maka pinjamlah kekuatan utk aku terus istiqamah dan taqwa...

Ya Allah kau limpahilah rahmatMu dan kasih sayang semoga aku yakin setiap kesabaran ada ganjaranNya...

Wahai hati bersabarlah moga kau tidak bersedih lagi...

Sedih tak terkata...dengan perkataan
Sayu tak terempang airmata...
Biarlah ia berlalu dengan mudah Ya Allah...tabahlah hati...tabahlah hati...tabahlah hati 😢😢😢
Ameen😢

Thursday, 17 September 2015

Ujian tanda kasih sayang Allah

Ujian di sekolah guru yang nilai
Ujian di Universiti pensyarah yang nilai
Ujian ditempat kerja boss yang nilai
Ujian kehidupan Allah yang nilai

Bila cakap tentang ujian...pastilah yang terlintas difikiran adalah bagaimana nak menghadapi ujian
dan lulus ujian.....tapi pernah tak terfikir sebenarnya hari2 kita diuji...kita yang justified kita lulus atau gagal tanpa kita sedari....

Semua orang nak keputusan Ujian yang baik bila mengambil ujian...tapi pernah tak kita terfikir Ujian Allah itu telah diberi soalan dan kaedah menjawab utk lulus cemerlang tapi adakah kita istiqamah dalam melaksanakannya....

Wahai anak janganlah kau menangis kerana gagal ujian dunia...itu tandanya Allah mahu kau menambah usaha...

Wahai anak jangan gundah gulana kerana gagal ujian dunia ...itu tandanya Allah rindu rayuan dan suara mu utk terus berdoa memohon kejayaaan...

Wahai anak jangan sedih tak kepalang ujian itu satu dugaan perjalanan kehidupan...

Istiqamah and terus memanjatkan doa kepada yang maha Esa ...moga mendapat sesuatu hikmah atau rahsia

Teruskan berusaha.bertawakallah . berdoa ...semoga kau dirahmati dengan segala kurnia.

Wahai anak doa keluarga seiring dengan mu meniti kejayaan demi kejayaan...

Janganlah kau berputus asa kerana itu sifat hina....
Yakinlah setiap kesabaran ada ganjaran ,teruskan berusaha dan memohon pada yang Esa.

In shaa Allah kau akan memahami manisnya sebuah perjuangan kehidupan dunia wal akhirat.

XOXO
simfonitinta

Sunday, 9 August 2015

Hidup itu ibadah

Lama dah x update blog,Hidup itu ibadah...alhamdulillah....sedari bangun tidur berusahalah memulakan segala perbuatan ngan bismillah....semoga segalanya di dorong dengan petunjuk Allah.

Indahnya kehidupan...bagi wanita...segalanya ibadah Dari menjaga aurat.mentaati suami.menyediakan hidangan keluarga.menjaga n mendidik anak2 Allah memberi ganjaran tanpa limit.

Itu tak termasuk ganjaran mentaati Allah n Rasul...sumbangan utama...mudahnya mengumpul pahala bagi seorang isteri...

Benarlah luasnya nikmat Allah seluas lautan ....walaupun Hidup itu ujian moga2 Allah pelihara kita Dari  segala kemungkaran...

Bila memikirkan dosa bimbang n sedih...tapi moga Allah x henti melimpahi rahmat utk kita terus istiqamah memohon keampunan...

Niat tak menghalalkan cara...semoga terpelihara daripada perkara yang sia2

Allahumma Ameen@

Friday, 3 July 2015

Salam Nuzul 1436H

Alhamdulillah 17 Ramadhan hari ini...dah berada di juzuk 28 mudah2an Allah izinkan utk khatam ramdhan kali ini
Allahumma Ameen💐
Ramadhan kali nie en zainul uzur sikit coz diserang gout....kesian betul dah 2 minggu masih sama ibu jari kaki kiri masih bengkak.
Mudah2an Allah beri beliau kemudahan dan menghapus dosa2 nyer...
Allahumma Ameen.
Sepanjang hidup bersama...beliau seorang yg bertanggungjawab ngan family...sungguh gitu banyak gak dugaan n cabaran yg dilontar padanya oleh isteri n anak2....Alhamdulillah beliau sentiasa tabah...mudah2an Allah ganti yang lebih baik....Ameen YRA😊
Kehidupan adalah sebuah persinggahan...bila kembali amalan yang d hitung....sempena bulan mulia ini marilah kita tingkatkan amalan.
Semoga Allah memberi lebih baik d sana...

Sunday, 14 June 2015

Note 15June2015

Papa warded since last night....due to ECG abnormal n bisa dada seharian semalam...harap tiada yang serius...
Ya Allah permudahkan kami dalam setiap urusan...Amin 😌

Baru balik ziarah papa blm dapat result review echo n tredmill this morning mungkin malam baru...Dr masuk ward...
Mudah2an semua outcome ok..

Dapat feedback dari papa pkl 8pm...result echo n tredmill ok ...stable ....Alhamdulillah tapi kena continue ngan CT scan esok nak pastikan tiada salur darah ke jantung yang tersumbat...Ya Allah permudahkan urusan kami...Amin YRA 😌

Reason Dr ...still young need details chk up...prevention better than cure...😯

Ya Allah mudahkan urusan kami Amin YRA😇

16.6.2015
Ziarah papa d hospital CT scan dah buat...results kena tunggu...
Ya Allah mudah2an semuanya baik2 sahaja....Amin YRA 😊

17.6.2015
Alhamdulillah result chk up papa show positive side...Amin YRA 😊
Tq Allah

Friday, 5 June 2015

Short Vacay Melaka

Sharing of short vacay in Melaka....actually plan of staying in melaka coz en suami ada meeting alumni..since then bawalah anak2 round sekitar staying place nie....it happens all the area access coz near by to swiss garden hotel...
Terima kasih kepada en suami yang rajin melayan kerenah n permintaan anak2...Ain paling excited...lagi2 bila nampak beca frozen...mudah2an keinginan dia termakbul...
Amin...kesian coz demam sejak petang semalam...Kakak Puteri Amira x dapat join coz dah balik kampus ada meeting JPK nak start new semester...mudah2an beliau d permudahkan dalam menuntut ilmu...Amin YRA 

Monday, 18 May 2015

Ujian Allah

Ya Allah 18.5.2015
Kami di uji dengan pembedahan melahirkan Puteri 4 telah mengakibatkan komplikasi...kerana Doktor terpotong usus beliau....
Ya Allah tabahkan kami dalam menghadapi ujian ini.. Semoga mama d beri kesabaran Dan kemudahan dalam melaluinya..Amin YRA

Monday, 4 May 2015

Friends

Dear Journey...
Sharing is caring
I pray one day my best friend ..
Truly appreciated these..

Thursday, 16 April 2015

Life is a Journey

Life is a journey....from Allah to Allah. Mudah-mudahan aku istiqamah dalam setiap ujian n nikmat yang di kurniakan.
Ya Allah ....pemilik langit Dan bumi Dan segala isinya....jadikanlah kami hamba- hamba yang beriman serta taqwa...di sisimu.
Peliharalah kami dari perkara yang mungkar dan lalai.
Jadikanlah kami hamba yang syukur ngan nikmat yang kau kurniakan...
Jadikanlah aku hamba yang jujur atas amanah yang kau titipkan.
Semoga aku terus tabah mengharungi hari-hari mendatang.
Ya Allah...pemberi rasa kasih,rindu dan sayang kau jadikan rasa ini... Berada di lembayung rahmat mu....
Rahmatilah keluarga,sahabat serta mereka yang berada bersamaku...
Jadikan ukhwah ini berpanjangan dari dunia tu akhirat.....Amin
XOXO
simfonitinta

Sunday, 5 April 2015

KETENTUAN

Berat nak sebut and memahami perkataan KETENTUAN....tapi setuju sangat syarah Ustaz Mohd Elyas Ismail dalam Tanyalah Ustaz pagi nie....
Jadi kalau itu semua ketentuan perlu ke kita berduka kalau apa yang dihajati tidak di capai dalam kehidupan....
Yang ni saya x pasti nak share ...sebab saya sentiasa menerima ketentuan dengan berlapang Dada...walaupun ada ketikanya sedih dan sayu...
Tapi selalulah bersyukur dengan setiap ketentuan...kerana lagi pantas kita bersyukur... lagi segeralah hikmah terhampar... n segeralah kita muhasabah diri jika terdayung ke arah yang bertentangan....
Ingat amalan baik tercalit sepalit amalan buruk samalah dengan bidalan kerana nila setitik rosak susu sebelanga...
Mudah2an kita terpelihara daripada ketentuan sebegitu...Amin
XOXO
simfonitinta

I will...

I will....inilah words yang biasa ku lafazkan...especially masa bertugas...dulu...kerjaya ku bermula sebagai process engineering....selepas grade Dari utm 1994....aku melangkah keruangan Ku..bekerja di sebuah multinational companies yang di punyai oleh syarikat jepun...apa yang aku belajar dengan orang jepun...sangat tersemat di hati....alhamdulillah kerana berpeluang bekerja disini... Walaupun pernah menangis kerana kena translate MT semua dalam bahasa jepun...ke bahasa Malaysia utk jadikan process line...tapi itu semua mengajar aku erti kesabaran & bersungguh2....
Japanese adalah bangsa yang sangat menghargai....walaupun kadang2 idea yang ko ajukan macam x masuk akal... Mereka masih consider utk mendengar....
Seronoknya... Mereka x lokek ilmu selagi kita berlapang dada utk menimba ilmu....terkenang...tidur atas part list size AO....walaupun stress masa tu...bila dikenang kan itulah yang memberi value dalam karier Ku....
Berbekalkan....ilmu dari company jepun...aku melangkah ke company milik warga singapura....kat sini best sebab Seorang engineer diamanah jaga 10-15 product daripada different customer's... Sampaikan pernah satu masa rasa nak pengsan bulan puasa dok memusing sekitar tampoi tu kerana product yang aku jaga...located kat plant yang berbeza....hari2 kena schedule nak g plant mana dulu... Mengikut keperluan....masa ni... Banyak develop pr skills mana tidaknya bila ada customer audit...kena prepared all the details from line preparations to customer entertainment.... Dan berpeluang transfer product ke China...60 days stayed in Shanghai ...set up product transfer memang mencabar....all maklumlah mereka x mahir berbahasa inggeris....hujung2 aku yang belajar bahasa Cina... Betul2 mencabar....tapi sangat berterima kasih kat Mark...our customers yang directly involved dgn transfer nie....sangat supportive....
Balik dari China...dapat rezeki ke US pulak utk new product 6 months...tapi aku ambil keputusan berhenti kerja sebab x sanggup travelling lagi...teruk kena marah dengan Mr Hoy... Boss aku masa tu...tapi... Aku nekad je resign...
Alhamdulillah...dapat peluang Australian company...product related to course yang aku ambil d UTM switching mode power supply...mula2 biru gak...sbb teori bukan main tang praktikal ke laut...tapi alhamdulillah berkat kesungguhan Ku mamah kerja Ku hingga jadi bubur lambuk....and known as moving bible kat factory...klu ada apa jua masalah...jadi pakar rujuk...oleh team mate....
Sekarang tu semua tinggal kenangan...walaupun begitu...perkataan I Will tu sentiasa di fikiran sbb... Aku get used to says I will walaupun kadang2 tak tahu dari mana nak mula...
Tapi bila boss panggil bagi task...terus sambut I will....walhal bila nak sempurnakan tugas tu sampai lupa anak n suami...itulah...pengalaman yang x dapat d belajar d university tapi sangat beerti....
Sekarang dah jadi CEO dalam family....tapi I will masih meniti di bibir nie....hihihi
XOXO
simfonitinta

Sunday, 29 March 2015

Best friend

What is best friend?
By definition... I feel that the person who will be there for u no matter what...happy or sad.
Tapi senang ke nak jadi best friend or cari best friend or a point best friend.... tu lah...most that we meet only friend...
It is bless kalau u boleh dapat seseorang to be your best friend...where u can share anything... interest n hobby..moment ...memory and any event that important to u...
Rasa2 apa yang best sangat tentang best friend??? Ia adalah relationship yang beyond...coz u are not hold back with any commitment... As long u menghormati antara satu sama lain...
Important.... Remember best friend bukan punching bag...bila marah u boleh suka2 throw your tentarum... Sebab dema pun manusia gak...so jangan sampai terlepas pandang...ye
Alhamdulillah...sepanjang perjalanan hidup ni ramai sahabat...and most of them closed n some become as family... Tq Allah for lovely gives... Semoga dapat ramai lagi sahabat selamanya...
Love sahabat yang jujur...

XOXO 
simfonitinta

Thursday, 26 March 2015

LA TAHZAN




Mudah recite dari menghayati....ya Allah bantulah aku menghayati semua ini dengan tenang,hapuskan air mataku...semoga aku mampu melangkah lagi dengan kekuatan dan semangat...
berjuanglah diri...jangan rebah ....teruslah melangkah dengan kecekalan...wahai hati...aku tahu ...kau dah hancur berkeping-keping tapi....bersatulah....demi kekuatan mu...

Sekali lagi maafkanlah ....ku tak bisa....membuatkan kau gembira...aku akan terus menjalani ....takdirku langkah demi langkah....sehingga di jemput Illahi...

Wahai hati ....maafkanlah aku kerana buat kau bersedih lagi...tapi apa dayaku...inilah ketentuannya,
belajarlah lagi memujuk dirimu...semoga kita di
kurniakan semangat untuk terus....berbakti di muka
bumi ini...untuk mereka yang memerlukan jika bukan untuk diri...

Wahai hati....maafkanlah kerana mengecewakan mu berkali-kali....dengan rasa gembira yang sementara, yang tak dapat ku kekalkan sebagai penawarmu...

Wahai hati...bersabarlah bersamaku...semoga kita mendapat ketenangan dalam kedukaan ini... 

Wahai hati....belajarlah senyum dalam kedukaan, semoga memberi sinar pada mereka yang memerlukan....ayuh hatiku yang sedih bukan kepalang....buangkan rasa terkilan jauh-jauh...
bangkitlah dengan ketenangan....

Walaupun jauh di sudut hati ....rasa macam .... untuk ke sekian kali ....

XOXO
simfonitinta




                                        

LET IT GO

Remarkable date....26.3.2015

Tarikh nie akan saya ingat sampai bila-bila....Pernahkah dalam hidup kita ada suatu event yang kita kena decide to move on or ended...where by if move on we are giving hope but when ended we will feel sad...or sometimes we did give option to make it move on....tapi it not appreciated....tapi tak pelah ...remember everything happen with a reason....semoga Allah memudahkan setiap urusan dan perjalanan. Important things....if it meant to be it will find it ways...

Just share a piece of situation...
Kadang-kadang ada situasi yang perlukan kita bertindak...supaya x tersesat jalan...al maklumlah kita nie bukannya banyak sangat amalan...di usia yang menuju garis penamat nie....kita mesti berhati-hati semoga kita di kurniakan khusnul khatimah....walaupun pedih atau sukar moga satu hari nanti pengorbanan kita dihargai....kalau pun tak sesama manusia...moga Allah merahmatinya....

There was sometimes kita di suatu persimpangan.....Jalan Lurus penuh liku...jalan simpang penuh ranjau....tapi apa pilihan yang kita ada ...untuk kita sampai ke sebuah destinasi kita kena pilih salah satu jalan...tak kira liku atau ranjau....so kenalah pilih... untuk kita meneruskan jua walaupun kadang-kadang itu bukan pilihan hati kita....ada masanya...kita kena puaskan hati sesama insan untuk move on....put back how u feel....mesti pernah rasa cam niekan...kadang-kadang kerana nak memastikan semua terpelihara kita sanggup membiarkan hati kita terluka....whatever it is...this is how life working...kita tak boleh puaskan hati semua orang....tapi let it be...tak rugi beralah...walaupun teraniaya...always remember Allah always with us...

Penat rasa nak menangis lagi....esp kalau kita are not granted to what we want....as usual...kadang-kadang apa yang kita mahu belum tentu baik untuk kita...so belajarlah sangka baik dalam semua keadaan ...semoga Allah melimpahi petunjuk and hidayah...

Penat rasa beralah...tapi beralah untuk kebaikan apa salahnya...yang penting kita ....x menyakiti hati pihak-pihak lain....bak kata pepatah beralah tak beerti kalah...cubalah belajar menerima seadanya...semoga diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam setiap perlakuan baik ..in sha Allah

Ya Allah....aku bukan seorang yang kuat hati dan perasaan...tapi kau kurniakanlah aku kekuatan untuk meneruskan segala urusan dan amanah mu dimuka bumi ini dengan istiqamah...
Ampunilah aku,serta mereka yang bersama ku atau pernah mengenaliku....peliharalah kami dengan iman dan taqwa...sesungguhnya engkau maha mengetahui atas sesuatu ...dan tentukanlah kami kebaikan atas segala urusan... 
Amin Ya Rabbalalamin

XOXO
simfonitinta


LIFE'S A PUZZLE

Rasa betul sangat life's a puzzle ni....sometimes there was an event happened but u can't figure why??? So it become missing puzzle in your life....what happen next u will keep wondering....and at one point...when u tired of thinking it....u dare to left the puzzle unsolved....tapi macam mana ...jika satu hari bertuah u datang ....u are able to solve the puzzle...do you think it worth??? Or u regret coz didn't solve the puzzle during the event....yang ni tak tahu nak cakap...sebab sometimes maturity in entertain the event pun penting gak...but sometimes the situation sama cam quote ni...

Another words....sebenarnya perlu ke kita solve the puzzle in our life...or it better to let it be missing pieces...yang ni i tak pasti....or solve it better to complete the puzzle???lagi pening...kadang2 some event bila u able to solve u rasa sedih pulak....yang nie bergantung gak event apa yang u solve....tapi i believe sometimes the puzzle need to be solve esp...if the event u have been quoted as victims...

Whatever it is....if u able to solve and complete your puzzle ...let the life lead the way....moga-moga Allah memelihara kita daripada segala kemungkaran dan hasad dengki...

If the event need u to make up your choice...berserahlah kepada pencipta mudah-mudahan mendapat jalan keluar yang terbaik....

Sedih sangat bila dapat tahu what actually happened 20 years back....but I do understand ....everything happen with a reason...instead of sedih i'm trying to switch the emotion to...becoz u are not fit for it that why Allah didn't granted u....After all perancangan Allah yang terbaik,  in sha Allah

Mungkin juga kekurangan diri yang tak melayakkan i di situ....apa2 pun selalu ingat ni

YOUR PAST IS NOT FUTURE...In sha Allah ....moga-moga Allah beri kekuatan to move on

Amin

XOXO
simfonitinta




Monday, 23 March 2015

DESTINY



WHAT IS MEANT TO BE WILL ALWAYS FIND ITS WAY
Quotes kat atas tu rasanya macam tepat je.... mana tidaknya...dalam hidup tak semua yang di rancang akan jadi kenyataan....ada pula event yang x dirancang.....jadilah pulak... tapi betulkah itu memang destiny kita.....sebelum discuss in detail kena lah faham the meaning of destiny....untung nasib atau takdir....in English.....Meant to be......tapi pernah tak dengar quote nie....



Tapi what if...the event had happened....apa pula perlu kita buat kalau kita define it is not the destiny that we want??? perlu ke kita perbetulkan semua keadaan atau event tu.....yang nie saya pun tak arif nak share....tapi for me everything happen with a reason....sama ada rancang atau di luar rancangan kita....further more.....as muslim kita kena lah beriman dengan qada' and qadar....kadang2 kita rasa we deserve to be at what we planned...tapi apa yang fit untuk kita belum tentu baik untuk kita.....tang nie memang susah nak digest....fikir-fikir pening pun ada....

Tapi whatever it is....panjatkanlah kesyukuran kepada pencipta semoga di beri petunjuk and hidayah...yang paling penting we are at the right path...DOA jangan lupa sebab sebaik2 senjata orang mukmin adalah doa....

So remember quote tu....Destiny bukan peluang tetapi pilihan....if u think u deserve to have it .....put your afford to achive it...if at the end u tak capai ...perlu ke u gives up?? My Answer no find another ways and persue your destiny....

BAK KATA PEPATAH ...KALAU DAH JODOH TAK KE MANA...

Never gives up....persue your DESTINY...
If not today ,It must be the day after :)

XOXO
simfonitinta



FRIENDSHIP


Q-DEES Kuantan
Reunion #3DEK

  •  A GOOD FRIEND
  • KNOW YOUR BEST STORIES
  • A BEST FRIEND
  • HAS LIVED THEM WITH YOU




  • TRUE FRIENDS NEVER APART,
  • MAY BE IN DISTANCE BUT NOT IN YOUR HEART...






#Supermak


  • WHEREVER WE ARE,
  • IT IS OUR FRIENDS THAT MAKE OUR WORLD





Saturday, 21 March 2015

SUPERMAK


 Salam Semua,

Hari nie nak share tentang pengalaman training di NIOSH....selama 6 hari. Apa rasanya duduk ber training 6 hari...wow tak terkata...al maklumlah dah terbiasa stay at home as full time housewife....tiba-tiba dapat panggilan ber training 6 hari straight....ko rasa cam mana?

Alhamdulillah kami semua berjaya menempuhi dengan tenang....macam mana boleh terjebak ngan training nie??? Ini adalah Program colabration antara IRDA and HRDF....sebelum nie program nie hanya di buka kepada graduate mummy yang stay at home become full time housewife di sekitar selangor and KL....tapi di Johor ..Alhamdulillah kerana kepekaan IRDA tentang lambakan graduate mummy yang give up work due to sacrify for family sake...so mereka berkerjasama dan mendatangkan training nie ke Johor...Kalau tidak melelaslah kalau kena attend di KL....Alhamdulillah.


Discuss comment tentang trainer
Bab komen...SUPERMAK memang terbaik
Final Day Lunch
 Apa yang didedahkan dalam Training nie? Lebih kepada pembinaan diri dan bagaimana kita boleh menjana pendapatan dari rumah....ada beberapa kursus yang di tawarkan tapi saya memilih SOCIAL MEDIA MANAGEMENT...
Apa yang saya dapat daripada kursus nie? Bagaimana mengenal customer segments di alam maya....dan paling utama fits the PROBLEM...pelik bunyinya kan tapi itulah hakikat alam maya....Ianya membuka minda saya menggunakan media sosial bukan sekadar berkongsi profile tetapi boleh juga berkongsi pages and group secara ilmiah...secara tak langsung menjadi NETWORK.
Apa masalah kita sebelum nie bila nak memulakan sesuatu biz secara offline atau online? Perkongsian tentang teknik dan penyampaian yang betul di alam maya amat berguna. Apa pendapat saya tentang Training nie....berbaloi memang berbaloi....sebab semua diberi ruang and peluang untuk sesi pertanyaan secara detail from aplikasi sehingga perlaksanaan...yang bestnye trainer semua jenis cakap serupa bikin....mereka tahu apa yang di sampaikan dan memenuhi setiap persoalan dengan terang dan nyata.

Boleh kata we walk in with empty bag but we move out with plenty of knowledge...Alhamdulillah Terima Kasih ALLAH tq To ALL SUPERMAK ,Jalinan Perspektif and HRDF for this opportunity.
Final Day Lunch
I feel great knowing ALL of u and may ALLAH bless us with the knowledge that we are granted...
Untuk SEMUA kawan-kawan mohon maaf kalau ada terlebih kata and terkasar bahasa....semoga diberi kesempatan berkumpul bersama-sama lagi....
Final Day Module with En Azad

WE COME AS STRANGERS but WE LEFT AS SUPERMAK....

XOXO
simfonitinta











Thursday, 19 March 2015

ASSUME

Hari nie i nak share pasal ASSUME.....dalam bahasa ANGGAP....tapi since i frequently use ASSUME...so i address my sharing as ASSUME.
ASSUME mean accept as truth without checking; dalam bahasa mudah TERIMA AUTA SEBAGAI FAKTA...most of assuming biz nie lebih pada auta ...kenapa??? sebab kita more appreciate on judging the sitution then interested to know the actual condition. Ini lah sikap yang ada pada manusia yang sometimes totally not worth.. esp if the occassion really impact u on your choice of decision.

Kenapa I share this??? Let share a piece of situation.....In a relationship...for sure u nak the first people that u sharing your bad and happiness to be your soul mate. Tapi what if dalam relationship dan kebatasan ruang and masa perkara tu jadi up side down. Lebih-lebih lagi kalau your partner tu jenis jejaka malaya yang sukar meluahkan .....u pun jadi macam pungguk rindu kan bulan...or kadang-kadang u rasa siapa u di mata dia.....up to one point u rasa macam sampah and tak dihargai...sbb u want it to be real tapi....hanya u je yang rasa macam tu ....where at another side more to surprise value?


What if ....u bertunang hari nie...esok your soul mate(kekasih hati)  datang rumah u n meet your parents.And the same time he didn't notice u dah jadi tunang orang??? Klu u kat situasi nie apa u buat? Add on dia tak contact u hampir 6 bulan...sampai u rasa dia x appreciated u at All; tapi dalam doa u still want him to be your soul mate.


Yang paling parah kalau dia datang tu...kebetulan hari raya dan u tak pasti dia datang to ziarah u or intent to meet your parents to move forwards in the relationship......tambah malang lagi bila dia datang tu terserempak pulak ngan future in law u and your fionce...hebatkan!!!!


Dilebihkan lagi bila u excited he is coming back to move forward the relationship to next level....masa tu i rasa u mesti dah sampai tahap x sedar diri yang semalam u officially dah jadi tunang orang.... tapi whatever it is this is just the situation for sharing :)


Dalam keadaan nie...mesti u hardly define your choice....inilah masanya En ASSUME datang berlenggang-lenggang and menari di depan mata u....lebih-lebih lagi bila u do consider your choice ...tak nak proceed the present engagement.....maka berlakukan perbualan yang meliputi ASSUME biz...esp if u says u want  to call-off the present engagement...datanglah teori-teori dari parents u yang mengatakan jangan merepek tak pernah dibuat dek keturanan kita...lebih2 lagi kalau in between your relationship ada situasi he abundance u closely 6 months......Apa choice yang u ada selain stick to the situation that u attached.

Mummy will create the situation to convince u that if in the relationship he can abundance u...definetly he will do the same after married ....yang mana semua tu jadi real imaginary dalam brain u.....

Walhal orang tu x contact u sebab commitment kerja... dia datang hari raya tu tu express his intention politely to move on the relationship to the next level....since we consider assuming is more practical in our life...we didn't consider an explaination....zalimkan...jatuh hukuman tanpa beri ruang untuk orang membela diri.....

Tapi hardly says i memang ter impact dengan story tu....i definetly educate myself and family...do not ASSUME coz it will impact u beyond your expectation...More important understand your relationships before u decide to make up theory on it....

Supaya x tersilap langkah always gives chance to explain in any situation walaupun u dah pasti andaian u benar belaka....at least andaian will change to facts.

But i belief Mistake on Assume will make you more collective in the knowledge of Judging situation....so let's stop ASSUME asked  for an explaination.
Never too late to starts....

I totally learned on the ASSUME biz...

XOXO
simfonitinta







Tuesday, 17 March 2015

INTENTION


Hari nie nak share tentang INTENTION... kenapa pilih topik nie....sbb terpanggil berkongsi pengalaman selama 6 hari di NIOSH  training Social Media Management under HRDF dengan Traning Provider Jalinan Perspektif Sdn Bhd.

Story of Day1&2
Trainer Illyaz Yushaak

Apa yang best ngan training nie adalah sharing about INTENTION???? haa..haa...haa pernah dengar perkataan tu atau selalu guna....tapi tahukah anda ...apa kaitan nye social media ngan INTENTION??? dah pening sekarang.....so mari kita share... dalam apa jua yang kita nak lakukan kita kena clear sama ada itu INTENTION atau WHAT I WANT....lagi blur???

Contoh 1

Saya nak makan nasi
Saya nak tidur
Saya nak rumah besar
Saya nak kereta BMW

Contoh 2

Saya nak makan nasi, saya ambil pinggan senduk nasi duduk dimeja tambah lauk dan makan
Saya nak tidur, masuk bilik naik katil baring dengan selesa ,baca doa dan tidur
Saya nak rumah besar, saya kumpul wang yang cukup beli rumah idaman
Saya nak kereta BMW, saya kumpul duit muka dan komited bayar bulanan

Rasa-rasa u all mana contoh INTENTION ????
Contoh 1 atau 2???sendiri fikir ye......hint INTENTION adalah sesuatu yang u komited to do....dalam ayat mudah......doing whatever it takes.....Masalah kegagalan dalam kehidupan atau azam tak termakbul rasa U .... terjatuh dalam kategori mana? INTENTION atau WHAT I WANT??? Sama-sama muhasabah diri ok....

Dan before end this sharing i nak share formula nie...

INTENTION + MACHENISM = RESULTS
100%              +        0%               =  RESULTS


Bottom line if u intent to do something put 100% energy on it....It will Drive u there....

Ingat......Whatever got u here, will not get u there....AGAIN INTENTION. 

So decide le ....do u intent to do or it just what u want ???

INTENTION IS COMMITMENT

XOXO
simfonitinta


Monday, 16 March 2015

PASSION



Cookies mould -Hello Kitty 
 Dalam apa yang kita buat mesti nak add on Passion Value.Why??sebab bila ada passion we will not waste our time and afford....bayangkan klu value itu tiada atau kurang mesti kita cepat bosan esp. bila kerja-kerja tu adalah rutin kita...another words automated event dalam hidup...contoh bangun pagi urus suami and anak-anak ke sekolah...pastu buat house chores...kalau you tak betul-betul passion u rasa?????

Mesti rasa nak marah bila tengok rumah berserak...mesti rasa geram bila anak bangun pagi terhegeh-hegeh nak masuk bilik air.Mesti rasa fed up bila tidak dihargai.....Mesti rasa nak bunuh orang bila tengah marah tahap gaban.betul x?????

Apa yang good passion value nie??? You akan menaakul tiga  perkara penting tanpa you sedari.....mesti nak tahu apakan?

Let's share okay...ini hanya sekadar pendapat i je...klu u x sesuai tak payahlah stress nak protes tahap gaban.


Ain and Zulaikha tengah hias hello kitty cookies
They loves to deco...
 Apa yang I alami bila i doing something with Passion ialah Enjoy,Fullfill and drive. Taklah rasa sekadar melepaskan batuk di tangga  bak kata pepatah. Macam mana nak create Passion? For me apa jua event yang i nak buat i bayangkan keseronokan yang melampau dan macam mana i boleh beri yang terbaik dalam event tu......

Gambar dalam post nie...adalah moment i have with my daughter....baking cookies together....biasalah bila buat biskut ngan anak-anak banyak elemen nak kena take care...kebersihan,kaedah dan keupayaan melaksanakan...

Ada orang kata rajin u melayan anak u buat benda-benda merepek macam nie....bagi I ...It's about your passion to listen to your kids and enjoy your quality time.....awal tadi i dah kata...passion is a value....kalau u choose passion in any event of your life...

everything is worth.....you can make everything without notice the pain. Special kan.....Passion Value nie....yang paling best kalau event tu you tak pasti pun macam mana nak mula...tapi  when you add on Passion ...pasti idea yang bernas datang mencurah-curah tak caya cubalah.....

PASSION IS WORTH

XOXO
simfonitinta




FIRST TIME

Gambar nie kali pertama Ain memetik strawberry
Well done Ain
Kalau kita perasan dalam hidup ni...kita belajar semua ada kali pertama....belajar minum.makan.berjalan. dari kali pertama sehinggalah kita boleh buat dengan hampir sempurna sekarang. Tapi pernah tak kita realise kesempurnaan tu wujud ke....sebenarnya kita lebih banyak try and error....yang mana fit dengan habit atau behaviour kita recognise sebagai kaedah sempurna....
mesti tertanya-tanya kenapa saya cakap macam nie kan.....jawapan nya mudah je...sebab apa yang kita rasa sempurna belum tentu sempurna untuk orang lain.
kita selalu melakukan hampir sama atau par dengan orang yang kita anggap sempurna. Bottom line apa pun yang kita buat kali pertama biarlah bersungguh-sungguh ...semoga kalau nak buat improvement boleh touch up..touch up je.....dari start all over again. Tapi harus diingat ....sesempurna mana pun kita....kita hanyalah ciptaan Maha Pencipta yang maha agung dengan kesempurnaan.

BUAT SEHABIS BAIK PADA KALI PERTAMA okay.

XOXO
simfonitinta

Sunday, 15 March 2015

ACTION

Semoga hari nie lebih baik dari semalam....ilmu datang mencurah-curah tapi x tahulah mana yang benar-benar terpaut di minda......sangka baik dalam setiap keadaan...semoga  positif energy drive u....ini petua atau kenyataan...tapi mudah ke nak sangka baik kalau inner thought asyik trigger u. whatever it is ....it's about u....kalau u pilih untuk berprasangka n headache kerana prasangka it your choice.....selalu dengar wisdom nie....life is about a choice...u pilih apa u nak buat...tapi klu asyik pilih je tak de ACTION jadi ke.....
So azam hari nie PILIH dan ACTION....k

XOXO
simfonitinta

Inikan Pantun

Sekapur sirih seulas pinang
 Diberi bekal buat perangsang
pergilah Sayang.... pergilah tuan
 Ke Medan perang ke tempat berjuang


Hendak gugur-gugurlah nangka
jangan menimpa si ranting pauh
hendak tidur pejamkan mata
jangan terkenang orang yang jauh


Pucuk pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
biar jauh beribu batu
hilang dimata dihati jangan


Kalau tuan pergi ke hulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya di pintu syurga

batang selasih permainan budak
daun selasih dimakan kuda
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali jua...

burung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tengah laman
hendak mati di hujung kuku
hendak berkubur di tapak tangan